|
Annyeonghaseyo ![]() Seorang insan lemah dan kurang keyakinan diri , 16 Single . Sorry Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner:
| I'm back
Sunday, 28 January 2018 • 02:08 • 0 comments Assalamualaikum ... Dah lama kan aku tak update kat blog ni . Sebab tak terfikir pasal blog ni . Bukan tak terfikir langsung . Terfikir juga la tapi tiap kali niat hati nak bukak blog untuk jenguk2 mesti lupa terus . Sekarang dah tahun 2018 . Bayangkan aku last update time 2015 and sekarang dah 2018 . Rasa macam sekejap sangat masa tu berlalu . Aku ?? Perubahan ? Tak ada yang berubah pun . Aku tetap sama . Langsung tak ada yang berubah . Cuma umur la yang berubah . Semakin meningkat . Dah 19 tahun . And kalau dah 19tahun ni mesti orang fikir sambung belajar or dah kerja kan . But not me . Aku tak sambung belajar . Aku kerja . Dah nak masuk setahun jugak la aku kerja . Kerja aku tak stress sangat , yang stress sebab nak kejar masa . Bila dah time semua orang dah siap2 , aku pun mula dah menggelabah nak siapkan cepat . Sepanjang tahun aku lepasan SPM kan , ramai orang tanya kenapa tak sambung belajar rugi la muda2 tak nak sambung belajar . Aku mampu jawab apa ? Aku diam je . Kadang2 aku cuma mampu cakap " tak ready" . Dan ada bunyi2 sumbang cakap aku ni anak mak taknak pisah dengan family . Eh dikira okey la tu anak mak kan daripada digelar anak apa kan kan kan . Lagipun aku anak bongsu . Semua adik beradik aku jauh2 , so apa salahnya kan kalau aku stay dengan family aku . Dekat dengan makayah takdelah diorang sunyi . Tipula kalau cakap tak teringin nak pergi jauh macam KL tu kan . Tapi serius aku cakap KL tak sesuai dengan aku . Taktahu la kenapa kan . Sebab orang kata kalau nak stay KL kena pandai bawak diri . Yes right ! Tapi aku tak pandai nak bawak diri ke KL tu . Tapi alhamdulillah , mak aku selalu support aku . Dia kate orang yang tak sambung study ni tak semestinya tak boleh berjaya . Cuma usaha tu mesti kena ada . Kena kuat . Kadang2 tu aku rasa down juga bila orang tanya kenapa tak sambung belajar , tapi mak aku bekap kate aku nak kerja biarlah dia . Kadang2 rasa jealous juga tengok budak2 lain sambung study , pergi sana pergi sini , jumpa orang tu jumpa orang ni . Tapi ye la kita redha je la . Mungkin takde rezeki kita nak sambung study macam orang lain . Bukan family aku tak mampu , mampu tapi entah la . Diri ni memang tak ready lagi . Orang kata kalau tak ready belajar or tak nak belajar jangan paksa , nanti berhenti setengah jalan . Tak habis belajar dah nak berhenti . Sokay la abaikan . Benda dah lepas biarlah . Kalau ada yang baca ni maaf la . Hahahaha okey la bye bye Assalamualaikum Ramadan
Friday, 26 June 2015 • 06:45 • 0 comments
Assalamualaikum . Sekarang buzy sangat sampaikan tak sempat nak update blog semua . Sekarang aku dah form 4 so semakin susah lah aku nak on segala app kan . Sekarang on facebook and wechat je . Eh lupe pula . Tak sangka pula sekarang nie dah muncul bulan Ramadan kan . Alhamdulillah , kita masih boleh bertemu dengan bulan yang mulia nie . Alhamdulillah jugak , Allah panjangkan umur kite sampai sekarang . Syukur . Kalau boleh , aku nak mati dalam keadaan yang beriman . Dalam keadaan yang dah bertaubat . InshaAllah . Aku tengah berusaha . Kekadang tu kalah jugak . Siapa lah kita kan . Kita cuma manusia biase . InshaAllah , kalau niat kita baik . Allah akan permudahkan segalanya . Banyakkan berdoa . Next week , aku ade oral speaking . Macam biase , aku takut nak oral speaking . Sebab ? Sebab kelemahan aku lah . Bila aku cube beranikan diri aku , mesti akan terjadi . Tapi bila aku tak cube beranikan diri , secara spontan aku boleh buat secara lancar . Setiap yang berlaku ade hikmahnya bukan ? Aku tengah yakinkan diri aku dalam oral speaking . Dalam kelas aku tu , ramai sangat budak2 pandai speaking bi . Apa jadi bila kita salah cakap ? Wuuuuu ... Malu kott .. Tebal muke . Merah muke tahan malu .. Yang penting kita dah try sedaya yang baik . InshaAllah , kene yakin pada diri . If karangan for oral speaking tu okey , okey lah aku bercakap nanti . Bila difikir2 kan balik , takut pon ade jugak . Okey lah sampai sini je la . Assalamualaikummmm ...
Friday, 20 March 2015 • 05:57 • 0 comments Assalamualaikum ... Hari ni ade kesempatan nak update .. Semalam time aku bace yassin , perkara yang aku takutkan selalu terbayang2 depan mata aku . Lepas habis bace yassin tu , aku doa banyak2 supaya hilangkan ape yang aku nak :') Aku tak boleh lupe . Aku jadi takut . Hari oral speaking n hari pembentangan semakin dekat . Aku takutt sangat . Aku kurang keyakinan diri ... Hmmm , Ya Allah berikan aku semangat , hilangkan ape yang aku nak Ya Allah :'( Hmm ... Berubah ..
Monday, 16 March 2015 • 17:36 • 0 comments Assalamualaikumm .. Tajuk kali nie ialah BERUBAH .. Semua orang nak berubah . Berubah jadi baik right ? But , bukan senang nak berubah ke arah kebaikan .. Aku sendiri nak berubah pun , tak berubah2 .. Kalau seseorang tu memang nak berubah, ia pasti akan berusaha . Tapi , mesti ade je halangan untuk kita berubah kann .. Mestilah berubah kerana Allah , bukan berubah kerana manusia . Doa pada Allah , luahkan pada Allah , InshaAllah .. Kita boleh mula dari bawah . Mulekan perlahan demi perlahan . Okey lah , tak ade idea nak update ape dah . Assalamualaikum .... Kembali ..
Friday, 13 March 2015 • 09:03 • 0 comments Assalamualaikum .. Setelah sekian lame tak update .. Hampir lupe password n email . Naseb baik aku save dekat phone email dengan password . Fuhh .. Kenape aku rase macam nie ?? Kenape aku tak yakin untuk pembentangan BM bulan 4 nanti ? Bagi orang yang macam aku ni , akan kurang keyakinan diri bila bercakap depan orang ramai . Tak kisah lah dekat memana pun . Kalau ikutkan hati , memang nak diam je . Macam pagi tadi dekat school , cadang aku nak diam je sebab stress fikir pasal pembentangan BM tu . Kalau sorang je yang bercakap dekat depan n terangkan ape yang aku tulis tu okey lagi . Nie nak setiap orang bercakap dan terangkan . Jujur aku cakap , aku tak boleh buat . Sebab aku pernah alami perkara macam tu time form2 . Cikgu suruh aku cerita dekat depan . First aku diam , then tangan aku jadi menggeletar sangat sampaikan aku angkat buku untuk tutup muke aku . Then , lastly aku bace cerita tu dekat depan cikgu , sebab aku dah start nak nangis . Bagi korang mungkin aku nie macam mengada , tapi percaya lah , memang itu yang aku rase . Aku bagitahu orang yang aku rapat kenape aku susah nak bercakap dengan orang then nak bercakap depan orang ramai . Kalau lah ade seorang cikgu yang dapat faham keadaan aku . Alangkah indahnya :')) Ya Allah , kau berikan lah aku kekuatan dan ketabahan Ya Allah , kau hilangkanlah ape yang aku nak Ya Allah :') Ia seolah2 menghalang aku untuk komunikasi dengan orang lain . Allahkuakbar !! :') Bila cikgu cakapade oral speaking or yang berkaitan dengan bercakap depan orang ramai rase nak nangis . Macam sebelum nie aku ade update pasal Diri dan Kelemahan aku . Itu lah maksud cerita aku dekat atas tadi .. Hmmm .. Assalamualaikum w.b.t Oh Tuhan berikanlah aku . Kekuatan menempuhi dugaan ... :')) Thursday, 20 November 2014 • 17:57 • 0 comments Assalamualaikum .. Manusia nie mulut memang tak boleh ditutup . Kadang2 kita buat baik banyak kali , semua orang tak ingat . Tapi , bila kita buat salah/silap sikit , orang akan ingat sampai mati . Ape masalahnye . Orang yang hasad dengki pula , akan selalu cari salah kita . Orang yang macam nie sanggup buat ape je asalkan dia tengok kita jatuh sampaikan kita sendiri tak sanggup nak bangun . Memang susah bile kenal orang yang macam nie . And untuk kau , semua comment kau dekat cbox aku semua aku dah delete . Bukan sebab ape , sebab aku taknak ape yang kau fitnah tu membiak or merebak . Faham kan maksud aku ? Haha . Kau tak ade bukti , jangan sesedap mulut kau nak memfitnah . Jangan sampai aku rase hilang hormat dekat kau even aku tak kenal siapa kau .. Aku update nie bukan nak citer pasal kau ke ape , buang mase aku je citer pasal kau . TAK PENTING . Jangan sesekali menghina orang yang nak berubah . Maybe suatu hari nanti dia berubah lebih baik daripada ape yang disangka . Tapi takpe . Allah lebih tahu nawaitu kite . Allah lebih tahu ape yang kita nak ubah , ape yang kita nak buat . Allah selalu ade dengan kita . Teringin ^^
Tuesday, 9 September 2014 • 06:09 • 0 comments
Hey :D Nampak tajuk kan ? So dah tahu apee yang aku teringin kan . Sebenarnye banyak yang aku teringin . Tapi yang paling aku teringin pergi Cameron Highland ^^ Teringin sangat . Pastu pergi Korea :3 ( berangan aje aku nie nak pergi Korea :3 ) Tak dapat pergi jauh , dapat pergi Cameron Highland jadi lah . Teringin sangat woi . Bile dah sampai Cameron , makanan utama yang aku cari strawberi :P ( yumyum) ( telan air liur ) ( bayangkan ) Sedapnye . Makan dengan coklat . Auwwww , macam orang mengidam pula :3
See , pemandangan dekat Cameron Highland . Indah je .
Nyaman , sejuk je .
Sedap beb . Teringin nak makan woo
Bie , jom pergi sini . Hahaha .
Flower farm ( rasenye lah , aku seacrh internet je :3 )
Okeylah . Tak mampu nak update pepanjang .
Bye . Assalamualaikum :^^
|